◉ HEADLINES

‘Berhenti jadi hantu raya tidak bertuan’ ahli Umno tidak terpedaya sertai payung besar Tun M

Umno sendiri adalah payung besar dan mencukupi untuk ahli-ahlinya, kata Veteran Umno Malaysia

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Veteran Umno mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada menjadi ‘hantu penghasut’ untuk memecah belahkan Umno dengan meminta ahli parti berkenaan menyertai ‘payung besar’ yang ditubuhkannya.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Mahathir sebelum ini telah memecah belahkan Umno selepas keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Bersatu.

“Hari ini dia mahu menyatukan Melayu dan mengajak ahli Umno bersamanya. Dendamnya kepada pemimpin Umno membuatkan dia mahu menghancurkan Umno. Parti yang telah menobatkan dia sebagai PM (Perdana Menteri) puluhan tahun.

“Mahathir lupa diri dan jasa Umno. Tanpa Umno dia hanya seorang doktor. Tapi hari ini dia mahu menghapuskan Umno. Dia memang jenis kacang yang lupakan kulit,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Mustapha Yaakub berkata Umno sendiri adalah payung besar dan mencukupi untuk ahli-ahlinya berteduh. – Gambar fail Scoop, 6 Jun, 2025

Rabu lalu, Dr Mahathir mengumumkan satu gerakan dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu bagi menyatukan orang Melayu di bawah satu payung besar.

Menurut Dr Mahathir, penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah bagi mengembalikan kekuatan politik selain mempertahankan kedudukan orang Melayu di negara ini.

“Ia bukan parti politik, tapi satu usaha untuk satukan semua gerakan yang memperjuangkan orang Melayu dalam satu kumpulan sahaja,’’ kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Mustapha memberitahu Veteran Umno menghormati usia Dr Mahathir yang menjangkau 100 tahun namun menyifatkan perangai beliau sebagai tidak melambangkan orang tua yang disegani.

“Berhentilah menjadi hantu raya yang tidak bertuan. Ahli Umno tidak akan terpedaya dengan ajakannya. Payung Umno sudah cukup besar untuk ahli Umno berteduh. Ahli Umno tidak perlukan payung ciptaannya,’’ katanya.

Sementara Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menolak pelawaan Dr Mahathir dan mengingatkan beliau bahawa ahli Umno masih tidak lupa dengan apa yang terjadi sebelum ini.

“Orang yang sama juga mahu mengharamkan Umno ketika mereka berada di tampuk kuasa. Kini bila tiada kuasa, lain pula gayanya.

“Terima kasih Tun, kami menghargai pelawaan Tun tetapi kami masih tidak lupa apa yang terjadi. Nak bersatu bangsa ini biarlah datang dari hati yang ikhlas kerana sayangkan agama bangsa,bukan hanya semata-mata ingin mendapatkan jawatan untuk diri sendiri,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook. – 6 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related