◉ HEADLINES

PM sedia beri kerjasama rundingan sempadan Thailand-Kemboja

Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong langkah diambil Thailand dan Kemboja, dalam menangani isu sempadan melibatkan kedua-dua negara dan selaku Pengerusi Asean 2025

11:15 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia membantu perkembangan rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini.

Beliau berkata Malaysia menyokong langkah diambil Thailand dan Kemboja, dalam menangani isu sempadan melibatkan kedua-dua negara dan selaku Pengerusi Asean 2025, Malaysia turut sedia memberikan kerjasama yang diperlukan dalam rundingan berkenaan.

“Saya bercakap dengan kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Kemboja), mereka telah mengambil beberapa langkah yang kita sokong iaitu rundingan pada 14 Jun ini mengenai sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya sedia mengikuti dan beri kerjasama (yang) diperlukan. Setakat ini dua-dua kerajaan mengambil sikap untuk meneruskan rundingan secara baik,” kata beliau kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 15,000 jemaah di Masjid Putra, di sini hari ini.

Pada 28 Mei, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran singkat di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja yang dilaporkan mengorbankan seorang askar Kemboja.

Kemboja kemudian mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Thailand turut dilapor mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan isu sempadan dengan Kemboja melalui usaha damai mengikut undang-undang antarabangsa, serta perjanjian dan memorandum yang berkaitan.

Susulan ketegangan itu, satu rundingan yang dijadualkan melalui platform Suruhanjaya Sempadan Bersama akan berlangsung pada 14 Jun di Phnom Penh.

Usaha itu dijangka menjadi langkah penting ke arah penyelesaian damai jangka panjang antara dua negara jiran ASEAN tersebut. – 7 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related