◉ HEADLINES

Hina kematian 15 pelajar UPSI, JPN arah siasat guru

JPN berkata, guru yang mendakwa dirinya seorang penghidap penyakit skizofrenia itu bagaimanapun telah menurunkan hantaran jelik itu dan memuat naik permohonan maaf

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hantaran jelik seorang guru berkaitan nahas tragis yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu memaksa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengarahkan satu laporan lengkap disediakan berhubung tindakan itu.

Laporan lengkap itu menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, perlu disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selaras dengan surat pekeliling yg dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengurusan isu.

Menurut Khairudin, siasatan mendapati pemilik akaun Facebook terbabit adalah seorang warga pendidik yang bertugas di sebuah sekolah menengah di negeri ini.

“Saya kesal kesal atas tindakan pemilik akaun Facebook berkaitan dengan tragedi pelajar UPSI.

“Apabila perkara tersebut telah tular, pihak PPD telah menghubungi pengetua dan seterusnya menasihati guru tersebut untuk memadamkan hantaran berkenaan.

“Semakan pada jam 8.10 malam (Selasa), hantaran berkenaan telah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi di sini, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, tular di media sosial seorang guru yang dikatakan memuat naik hantaran bernada kontroversi lagi jelik sehingga mengguris hati ahli keluarga mangsa.

Difahamkan status di akaun milik guru itu antara lain menyatakan kematian kesemua mangsa adalah sebagai dalam keadaan hina.

Selain itu, lelaki itu menyifatkan mangsa bukan dalam kalangan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Guru yang mendakwa dirinya seorang penghidap penyakit skizofrenia itu bagaimanapun telah memuat naik perkongsian memohon maaf.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan tiada laporan diterima berkaitan hantaran jelik membabitkan penjawat awam terbabit. – 12 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related