◉ HEADLINES

Anwar mahu Nik Nazmi, Rafizi sertai semula Kabinet

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

Malah kata Perdana Menteri, jika boleh beliau mahu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kembali menyertai Kabinetnya.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti yang diadakan secara tertutup di Melaka, semalam.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebelum ini menghantar surat peletakan jawatan susulan kekalahan mereka pada pemilihan parti yang berlangsung bulan lalu.

Rafizi dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri.

“Peletakan jawatan ini akan berkuatkuasa dari 17 Jun, bermula hari ini (27 Mei, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun,” katanya.

Manakala Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai ini. – 13 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related