◉ HEADLINES

SPRM bongkar NGO seleweng RM26 juta dana orang ramai

Sumber berkata modus operandi hampir sama dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan penyelewengan dana membabitkan hasil sumbangan orang ramai berjumlah kira-kira RM26 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut maklumat sumber, kegiatan penyelewengan itu terbongkar susulan penahanan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan menerusi Op Serantau yang dijalankan SPRM Selangor baru-baru ini.

Kata sumber itu, serbuan dibuat di beberapa lokasi pada Khamis lalu sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.

“Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.

“Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.

“Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri,” katanya memetik laporan BH.

Katanya, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga kini.

Penahanan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi media.

Azam berkata, dalam operasi berkenaan SPRM menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta.

“SPRM juga sudah membekukan 14 akaun perbankan membabitkan jumlah hampir RM5 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan” katanya. – 16 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related