◉ HEADLINES

Dua lelaki maut ditembak berhampiran pusat beli-belah di Cheras

Kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut selepas dipercayai ditembak sekumpulan individu di luar pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut saksi, kumpulan lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Difahamkan insiden itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang memaparkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang kini  tular di laman media sosial.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Ridzuan Khalid yang mengesahkan kejadian berkata, kenyataan media akan dikeluarkan.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan suspek dan motif kejadian.

Jumaat lalu, seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, dalam kejadian pada 10.50 malam.

Ketua polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga lelaki tempatan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun, sedang makan bersama rakan-rakan apabila dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

“Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya. – 17 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related