◉ HEADLINES

Dua Adun Sabah antara tiga bakal didakwa kes rasuah lesen perlombongan: Azam Baki

Azam Baki berkata dua Adun dan seorang awam itu dijangka didakwa hujung bulan ini

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah merupakan antara tiga orang yang bakal didakwa berhubung siasatan berkaitan lesen perlombongan mineral.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, seorang lagi adalah orang awam dan mereka dijangka didakwa dalam hujung bulan ini, lapor Berita Harian.

“Mereka dalam proses untuk ditangkap dan kami perlu memaklumkan mereka. Mereka dalam proses dipanggil dan masih dalam proses untuk dirakam keterangan di bawah Kenyataan Beramaran.

“Tarikh mereka perlu dikemukakan ke mahkamah saya akan simpan dahulu, saya tidak akan maklumkan sehingga proses selesai.

“Tetapi yakinlah, individu-individu ini akan didakwa di mahkamah dalam bulan ini atau menjelang akhir bulan ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan Kelestarian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sabah, hari ini.

Mengenai kesahihan video yang tular, Azam berkata, perkara itu tidak boleh diperincikan dan tidak boleh dibincangkan.

“Saya tidak boleh bincang lagi kerana ia akan menjadi subjudis. Saya serah kepada Timbalan Pendakwa Raya, yang akan menggunakan bukti itu di mahkamah jika mereka perlu menggunakannya.

“Tetapi yakinlah bahawa apabila menyiasat, kami tidak terlalu bergantung hanya pada bukti itu, sama ada ia tulen atau tidak. Kami juga perlu bergantung kepada beberapa bukti lain.

“Penjelasan bukan sahaja daripada audio visual, ia juga bergantung kepada penjelasan daripada manusia, manusia itu sendiri,” katanya. – 18 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related