◉ HEADLINES

Ustaz guna pengaruh perdaya 47 jemaah warga emas, kata polis

Bukit Aman berkata, suspek menerima bayaran untuk pakej haji ‘DIY’ melalui akaun bank madrasah miliknya

8:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa menipu 47 warga emas untuk membeli pakej haji “DIY” atau dilakukan secara sendiri, menggunakan pengaruhnya sebagai ustaz dan pemilik madrasah untuk “mengumpan” mangsa, kata polis semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, siasatan menunjukkan suspek, 59, menerima bayaran pakej tersebut secara langsung melalui akaun bank madrasah itu.

Ustaz yang ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 58 tahun baru-baru ini menawarkan pakej haji yang tidak melibatkan agensi pelancongan tempatan, lapor Harian Metro.

Agamawan itu ditahan di KLIA manakala seorang lagi lelaki yang pernah menjadi ustaz pembimbing jemaah haji ditahan di ibu pejabat polis Nilai.

“Sebanyak 22 laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa. Sembilan daripada jemaah haji telah memberikan keterangan mereka setakat ini,” kata Muhammed Hasbullah.

Terdahulu, media melaporkan seramai 47 mangsa warga emas telah membeli pakej haji sebelum dipaksa menempuh laluan berbahaya dengan berjalan kaki dan tanpa pasport mereka, untuk ke Makkah.

Mangsa yang rata-ratanya berusia lingkungan 60-an dan 70-an, termasuk pasangan suami isteri, meluahkan kekecewaan selepas menyedari niat menunaikan haji bertukar pengalaman mencemaskan akibat janji palsu dan kegagalan ejen menyediakan laluan sah.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dibuka bagi membolehkan pihak polis mengumpul keterangan dan menjalankan siasatan lanjut. – 19 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related