◉ HEADLINES

Sisters in Islam menang rayuan, batal fatwa 2014

Ini kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan

11:06 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh dikenakan terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam keputusan majoriti, membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh SIS dan pengasasnya Datin Paduka Zainah Mahfoozah Anwar, mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tengku Maimun berkata istilah “orang yang menganut agama Islam” dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk secara eksklusif kepada orang semula jadi, dan bukan entiti buatan seperti syarikat atau pertubuhan.

“Walaupun perkara dipertikaikan berkaitan fatwa, isu sebenar yang kami nilai adalah berkenaan tafsiran perkataan ‘orang yang menganut agama Islam’ dalam Perkara 1 Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mendapati istilah itu hanya merujuk kepada orang perseorangan, dan bukan entiti buatan seperti syarikat.

“Tafsiran ini selari dengan hakikat bahawa hanya orang perseorangan boleh mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji, semua ini adalah rukun utama dalam Islam.

“Syarikat sebagai entiti buatan tidak mempunyai kapasiti untuk bertaubat seperti disarankan dalam fatwa itu,” katanya lapor BH.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

SIS Forum dan Zainah sebelum ini merayu ke Mahkamah Rayuan selepas gagal membatalkan fatwa tersebut di Mahkamah Tinggi.

Permohonan semakan kehakiman mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.

Fatwa itu, yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri Selangor pada 31 Julai 2014, mengisytiharkan bahawa SIS Forum, serta individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme dan pluralisme, adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa tersebut turut mengarahkan agar mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural diharamkan serta dirampas. – 19 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related