◉ HEADLINES

Sekat akaun Telegram Edisi Siasat, wujud pula Edisi Siasat 2.0

Edisi Siasat 2.0 dipercayai dibuat oleh pentadbir sama

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Saluran akaun Telegram Edisi Siasat kini disekat dan tidak dapat diakses oleh pengguna platform berkenaan sejak petang semalam.

Semakan media mendapati satu peringatan dipaparkan di saluran itu bertulis ‘Tidak wujud, saluran ini tidak boleh dipapar kerana ia bertentangan dengan undang-undang Malaysia’, selain turut mendapati semua kandungan sudah dipadam dipercayai disekat oleh pihak berkuasa.

Tinjauan pada jam jam 8 malam tadi oleh agensi berita Bernama di platform penyedia media sosial berkenaan mendapati wujud satu akaun baharu menggunakan nama Edisi Siasat 2.0 dipercayai dibuat oleh pentadbir sama.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].

“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua saluran berkenaan dikenal pasti menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Difahamkan, platform media sosial tersebut kerap berkongsi maklumat yang kontroversi daripada orang ramai mengenai aktiviti perjudian dan kegiatan haram yang lain. – 20 Jun, 2025

TAG: MCMC, Telegram, Edisi Siasat, Edisi Khas 

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related