◉ HEADLINES

‘Nak makan ikan kod boleh, sendiri-sendiri’ PM arah henti guna barang import

Ia bukan sahaja menyokong ekonomi negara malah memberi peluang lebih luas kepada petani untuk memasarkan hasil mereka

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Nak makan ikan kod boleh (tapi) sendiri-sendiri’ demikian kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meminta jabatan kerajaan supaya mengutamakan barangan tempatan dalam acara rasmi.

Ketika mengarahkan semua jabatan kerajaan supaya tidak menggunakan barangan import terutama makanan, beliau berkata ia bukan sahaja menyokong ekonomi negara malah memberi peluang lebih luas kepada petani untuk memasarkan hasil mereka.

“Jadi kalau seluruh jabatan kerajaan (laksana arahan ini), maknanya peluang petani untuk mengeluarkan bahan-bahan tempatan lebih banyak,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata negara jiran seperti Laos, Vietnam dan Thailand sememangnya tegas dalam penggunaan bahan makanan tempatan dalam setiap majlis rasmi.

“Laos, Vietnam, Thailand, saya belum pernah makan dalam upacara rasmi jemputan kerajaan-kerajaan ini bahan makanan import. Tidak ada, secara automatik mereka pastikan makanan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, turut menegur kecenderungan sesetengah pihak yang masih memilih makanan import walaupun arahan jelas telah dikeluarkan.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak selari dengan semangat memperkasakan ekonomi tempatan, dan menasihati semua pihak supaya lebih peka terhadap keperluan menyokong hasil dalam negeri. – 20 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related