◉ HEADLINES

Lelaki maut ditembak dalam kereta di Meru

Ini merupakan kejadian tembakan ketiga berlaku dalam bulan ini di Lembah Klang melibatkan kes tembakan, sebelum ini di Brickfields dan Cheras

7:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan maut akibat ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, Meru, Klang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, mangsa, yang berusia 46 tahun itu ditemui dalam keadaan mengiring dengan berlumuran darah di tempat duduk pemandu, dalam kenderaan pacuan empat roda, pada 3.37 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek dan motif kejadian.

Orang ramai, katanya yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat, ASP M. Sathiyaseelan di talian 012 5197913, atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Ini merupakan kejadian tembakan ketiga berlaku dalam bulan ini di Lembah Klang melibatkan kes tembakan.

Kes pertama berlaku pada 14 Jun lalu di Brickfields. Dalam kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Manakala pada Selasa, dua lelaki maut selepas dipercayai ditembak sekumpulan individu di luar pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan. – 20 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related