◉ HEADLINES

Perkhidmatan Aerotrain KLIA beroperasi semula 1 Julai: Loke

Loke berkata perkhidmatan yang akan beroperasi mulai 10 pagi itu kini di peringkat percubaan bagi memastikan aspek berada pada tahap terbaik

11:40 AM MYT

 

SEPANG – Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan beroperasi semula pada 1 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Loke, perkhidmatan yang akan beroperasi mulai 10 pagi itu kini di peringkat percubaan bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.

Ketika ini, kata beliau Aerotrain akan menjalani percubaan dan beberapa ujian akhir termasuk ujian penting tindak balas kecemasan, lapor Bernama.

“Projek Aerotrain telah siap dilaksanakan dan pelbagai percubaan dilakukan untuk memastikan keselamatannya,’’ katanya pada sidang media selepas meninjau perkhidmatan itu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani; dan Ketua Pegawai Operasi MAHB, Gordon Stewart.

Aerotrain merupakan sistem pengangkutan dalaman utama KLIA sejak beroperasi pada 1998, dan digantung perkhidmatan pada Mac 2023 kerana mengalami kerosakan.

Loke memberitahu, Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terdiri daripada tiga gerabak, menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mampu membawa sehingga 270 penumpang bagi setiap perjalanan.

“Terdapat tiga gerabak dan setiap satu boleh memuatkan 90 penumpang. Jadi, satu perjalanan boleh membawa 270 orang,” katanya.

Dua tren, katanya, akan beroperasi secara bergilir manakala satu lagi akan disediakan sebagai tren simpanan.

“Kita ada tiga set tren secara keseluruhan dengan dua beroperasi pada setiap masa dan satu sebagai sandaran,” jelasnya.

Bagi memastikan tren sentiasa berada dalam keadaan terbaik, Loke berkata Aerotrain akan beroperasi di kedua-dua landasan pada waktu puncak dan menggunakan satu landasan sahaja pada waktu luar puncak.

“Kita juga mahu pastikan tren diselenggara dengan baik dari segi keselamatan dan perkara itu amat penting. Oleh itu, kita telah mengambil masa untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk yang dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad),” katanya.

Loke turut menekankan penyambungan semula perkhidmatan Aerotrain adalah penting sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun ini.

“Akan ada lebih banyak mesyuarat Asean dalam beberapa bulan akan datang hingga hujung tahun, termasuk satu lagi sidang kemuncak yang akan diadakan di Kuala Lumpur,” tambah beliau.

Menurutnya, perkhidmatan bas ulang-alik sedia ada akan dikekalkan walaupun Aerotrain kembali beroperasi, bagi membolehkan kedua-dua perkhidmatan digunakan oleh penumpang KLIA.

“Kita mahu memastikan pergerakan dan perjalanan penumpang di KLIA berjalan lancar,” katanya. – 21 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related