◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia selamat dibawa keluar dari Iran, dijangka tiba malam ini

Mangsa menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines T5-647 hari ini dan dalam perjalanan ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Iran dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini melalui penerbangan Malaysia Airlines MH781.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dipindahkan itu berlepas menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines T5-647 hari ini dan kini dalam perjalanan ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand.

Mereka dijangka tiba pada jam 10.50 malam.

Pemindahan itu diatur oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dan diselaraskan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat dan Bangkok.

Pada 19 Jun, kementerian berkata pemindahan itu akan melibatkan perjalanan darat ke timur laut Tehran menuju ke sempadan Turkmenistan. Kumpulan itu kemudiannya perlu bergerak dari sempadan ke ibu kota Turkmenistan Ashgabat.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan penutupan sementara kedutaan Malaysia di Iran, mengarahkan kakitangan kedutaan di negara itu pulang segera.

Mohamad mengesahkan banyak lagi misi asing melakukan perkara sama berikutan perkembangan terkini di Timur Tengah membabitkan Israel.

Amerika Syarikat mengumumkan turut terbabit dalam Perang Iran-Israel awal hari ini, bermula dengan kejayaan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.

Memasuki minggu kedua, Israel memulakan konflik melalui serangan udara ‘lebih awal’ di beberapa tapak strategik di Iran, termasuk kemudahan nuklear, pangkalan peluru berpandu dan markas tentera, diikuti dengan tindak balas oleh negara Teluk.

Krisis Iran-Israel semakin meruncing apabila kedua-dua pihak menggandakan serangan.

Israel memberi alasan mahu memusnahkan kemudahan pembinaan senjata nuklear Iran. – 22 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related