◉ HEADLINES

Sedih dan hairan penempatan universiti tiada CCTV, kini satu nyawa telah hilang: bapa saudara

Keluarga turut memohon PDRM tidak mengambil jalan pintas dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin bagi mendapatkan keadilan buat mangsa

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kematian tragis membabitkan seorang pelajar universiti wanita di Cyberjaya amat menyedihkan selain mengundang tanda tanya terhadap tahap keselamatan yang disediakan pihak pengurusan universiti terbabit.

Perkara itu dizahirkan sendiri bapa saudara mangsa, Datuk Rajpal Singh ketika ditemui Scoop di Shamshan Bhoomi Hall (Loke Yew Crematorium), di Jalan Loke Yew di sini, hari ini.

“Kami amat sedih atas apa yang telah berlaku dan hairan kerana ini adalah tempat universiti dan penempatan yang diuruskan oleh universiti tersebut. Kini satu nyawa telah hilang,” katanya kesal.

Rajpal yang ditemui selepas selesai upacara pembakaran hairan selepas diberitahu beberapa perkara berkaitan keselamatan yang sepatutnya ada disebuah penempatan universiti seperti CCTV, tidak disediakan.

“Kami percaya pihak pengurusan universiti patut mengetatkan tahap keselamatan demi kesejahteraan penuntut-penuntut.

“Tentang apa yang berlaku pada Maniisha (mangsa), kami biarkan pihak polis melakukan siasatan mereka. Saya percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat apa yang patut dari segi undang-undang demi keadilan buat Maniisha.

“Kami mohon PDRM menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan membawa keadilan buat Maniisha dan berharap pihak polis tidak mengambil jalan pintas serta membuat apa yang sepatutnya dalam kes ini,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan tiada unsur rogol dalam kes pembunuhan seorang wanita yang juga penuntut sebuah universiti yang ditemui mati di asrama pelajar di Cyberjaya, pagi kelmarin.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian wanita berusia 20 berbangsa Sikh itu adalah disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.

“Mangsa ini telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Mutiara Ville, Cyberjaya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Husny Hussien ditalian 012-9307860 atau hadir ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan. – 26 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related