◉ HEADLINES

Peniaga tanggung rugi hampir sejuta, ditipu tender tidak wujud menerusi pesanan WhatsApp

Mangsa ditawarkan tender tertutup untuk membekal dan menghantar alat jana kuasa di sebuah kolej

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga kerugian RM932,300 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket tender tidak wujud, daripada suspek yang mendakwa wakil sebuah kolej di Kemaman, Terengganu.

Menurut Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, dalam kejadian pada 28 Mei lalu, mangsa yang berusia 52 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada suspek, yang menawarkan tender tertutup untuk membekal dan menghantar alat jana kuasa mudah ahli kepada mangsa.

Mangsa, kata beliau, telah membuat pembayaran sebanyak RM932,300.

“Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri.

“Bagaimanapun, setelah membuat semakan dengan pihak kolej, mangsa mendapati tiada tawaran tender dibuka seperti didakwa suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa, kata beliau, membuat laporan polis pada 11.53 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – 28 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related