◉ HEADLINES

Kes bunuh Cyberjaya: suspek utama miliki kad akses, kunci rumah mangsa

Suspek utama yang tidak bekerja turut menyamun beberapa barang peribadi mangsa termasuk kad ATM, komputer riba dan telefon bimbit

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada empat suspek yang ditahan bagi siasatan kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya, Maniishapriet Kaur Akhara, adalah rakan serumahnya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, rakan serumahnya itu dipercayai memberikan kad akses dan kunci di sebuah unit di kondominium itu kepada teman lelakinya, yang kini merupakan suspek utama kes berkenaan, lapor Utusan Malaysia.

Suspek utama, katanya, dipercayai pernah bermalam di rumah itu sebelum ini dan mempunyai niat tidak baik terhadap mangsa yang ketika itu tinggal sendiri selepas rakan serumahnya pulang ke kampung masing-masing kerana cuti semester.

“Suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa yang tinggal berseorangan di dalam apartment tersebut yang ketika itu menunggu untuk menduduki kertas terakhir peperiksaan.

“Suspek memang pernah beberapa kali datang dan bermalam di rumah tersebut, jadi dia ada peluang pada malam 24 Jun.

“Pada malam itu, suspek berada di dalam rumah tersebut menggunakan kad akses dan kunci yang diberikan oleh teman wanitanya yang sudah pun pulang ke kampung selepas tamat tempoh peperiksaan,’’ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kematian seorang penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya akibat kecederaan di kepala disebabkan hentakan objek tumpul, namun tiada kesan rogol.

Wanita berusia 20 tahun itu berasal dari Kuching, Sarawak.

Hussein juga memberitahu, polis telah menahan empat suspek termasuk rakan serumah mangsa dan dua indvidu luar bagi membantu siasatan. Mereka ditahan reman mulai 27 Jun sehingga 3 Julai ini.

Menurut Hussein, suspek utama yang tidak bekerja turut menyamun beberapa barang peribadi mangsa termasuk kad ATM, komputer riba dan telefon bimbit.

“Suspek juga sempat berbelanja sebanyak RM200 menggunakan kad ATM mangsa,’’ katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menjangkakan akan melengkapkan siasatan dalam masa terdekat dan dengan penahanan suspek dan individu lain kes dianggap selesai. – 1 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related