◉ HEADLINES

Malaysia perkukuh hubungan dengan Perancis demi manfaat masa hadapan: PM

Perdana Menteri berkata manfaat diraih bukan sekadar membeli produk seperti kapal terbang, tetapi juga membekalkan alat ganti untuk pengeluarannya

9:33 AM MYT

 

PARIS – Malaysia berharap perhubungan secara berterusannya dengan Perancis akan memberikan manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan semasa pertemuan bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron, pada Jumaat.

“Kita akan mencari cara untuk meneroka perkara ini. Malah, kita telah mempertingkatkan hubungan kita sejak beberapa tahun lepas, bukan sekadar membeli produk seperti kapal terbang, tetapi juga membekalkan alat ganti untuk pengeluarannya,” kata beliau pada Khamis.

Bercakap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora di sini malam ini sempena lawatan dua hari beliau ke Perancis, Anwar berkata Malaysia terus menjadi destinasi utama bagi industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E).

“Dahulu, kita banyak membeli kapal terbang daripada Airbus dan Boeing. Kini, kita mempunyai syarikat yang menghasilkan alat ganti untuk pengeluar kapal terbang ini di Malaysia,” kata beliau.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perdana Menteri berkata pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Perancis, perlu mengambil peluang daripada perkembangan pesat industri berteknologi tinggi di tanah air, dan pulang selepas menamatkan pengajian mereka di sini.

Anwar kini berada di Perancis untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Macron.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Élysée, dengan agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Pada tahun 2024, jumlah dagangan dua hala mencatatkan RM15.95 bilion (US$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (US$1.49 bilion) direkodkan antara Januari hingga Mei tahun ini. – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related