◉ HEADLINES

Mayat 6 beranak termasuk bayi ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian kereta terjatuh di dalam sungai pada 8.38 pagi tadi

11:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat enam beranak termasuk bayi berusia enam bulan, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu, ditemukan di Sungai Korok, Jitra, Kedah, pagi ini.

Mereka terdiri sepasang suami isteri, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, dan isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Penemuan mayat keluarga berkenaan disahkan oleh Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim.

Menurutnya, Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kereta terjatuh di dalam sungai terbabit pada 8.38 pagi tadi.

“Dimaklumkam sebuah kereta jenis Proton Iswara Sedan berada di dalam sungai dan terdapat enam mangsa, iaitu seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi di dalam kenderaan itu. 

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan dan proses pengecaman mangsa dilakukan oleh waris mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mayat enam beranak yang dipercayai hilang semalam ditemukan di Sungai Korok, Jitra pagi ini. – Gambar media sosial, 7 Julai, 2025

Media sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga sembilan tahun sejak Sabtu lepas.

Kehilangan keluarga berkenaan disedari selepas mereka tidak pulang ke rumah mereka di Jerlun, setelah bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.

Menurut adik kepada Mohd Azim Ezzat, Nur Adliah Shuhada, 20-an, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat.

“Saya sangka mereka dah pulang ke Jerlun sebab abang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan biasanya akan keluar awal pagi dan kakak ipar pula berniaga. Bila ibu mentua abang hubungi saya dan beritahu mereka tak sampai ke rumah, saya mula bimbang dan cuba hubungi mereka tapi gagal.

“Kemudian saya dapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Saga di dalam Sungai Korok (di Jitra), tetapi nombor pendaftaran tak sama dengan kereta abang,” katanya. – 7 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related