◉ HEADLINES

SPRM fail permohonan lucut hak wang tunai lebih RM169 juta milik Ismail Sabri

Selain mata wang Ringgit berjumlah lebih RM14 juta, wang tunai itu turut membabitkan jutaan dolar dalam pelbagai mata wang asing termasuk dolar, Yen dan Dirham

7:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan hari ini di Mahkamah Sesyen bagi melucut hak wang tunai lebih RM169 juta milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya selaku pemohon memfailkan permohonan itu dengan menamakan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus dan Ismail Sabri sebagai responden pertama serta kedua.

Selain mata wang Ringgit berjumlah lebih RM14 juta, wang tunai itu turut membabitkan jutaan dolar dalam pelbagai mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat (AS), Yen dan Dirham.

SPRM memohon perintah mahkamah untuk melucut hak wang berkenaan yang disita daripada Mohammad Anuar kepada Kerajaan Malaysia, lapor Bernama.

Wang yang dimohon untuk dilucut hak ialah RM14,772,150; SGD6,132,350 (Dolar Singapura); USD1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP50,250; NZD44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selepas berpuas hati bahawa wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan berkait dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.

SPRM turut memohon perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 3 Julai lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam satu sidang media berkata agensi antirasuah itu akan memohon kepada mahkamah untuk melucutkan harta yang dirampas berjumlah RM170 juta.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahli Parlimen Bera itu.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan Februari lepas. – 7 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related