◉ HEADLINES

Tun Mahathir keluar IJN petang tadi

Tun Mahathir keluar dari IJN pada jam 5 petang tadi, selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada jam 10 pagi

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sudah keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas dirawat dan berehat berikutan mengalami keletihan ketika menyertai program ‘Picnic & Potluck’ pagi tadi.

Memetik laporan BH, difahamkan Tun Mahathir keluar dari IJN pada jam 5 petang tadi, selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada jam 10 pagi.

“Berkat doa semua, Alhamdulillah Tun M (Dr Mahathir) sudah diizin keluar dari IJN sekitar jam 5 petang tadi. Sebelum ini Tun dimasukkan ke IJN jam 10 pagi tadi untuk berehat akibat kepenatan.

“Insya-Allah kita sama-sama berdoa semoga Tun M terus diberikan kesihatan yang terbaik,” kata perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook Kelab Che Det malam ini.

Pagi tadi Tun Mahathir dilapor terpaksa meninggalkan program ‘Picnic & Potluck’ lebih awal selepas dilaporkan sedikit keletihan.

Acara yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada 12 Julai.

Tun Mahathir tiba seawal jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Beliau dilihat meninggalkan program sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir.

Program tersebut turut disertai Siti Hasmah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Terdahulu, Mokhzani ketika ditemui berkata, bapanya tidak mengalami masalah kesihatan namun agak keletihan selepas menghadiri satu program semalam ditambah pula kurang tidur. – 13 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related