◉ HEADLINES

Badan Peguam berarak ke Pejabat Perdana Menteri petang ini

Ia dijangka berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada wakil di Pejabat Perdana Menteri

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Badan Peguam Malaysia berserta ahli-ahlinya akan menyertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri seperti dijadual petang ini.

Ia dijangka berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada wakil di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut laporan BH perarakan sejauh 2.6 kilometer itu akan bermula pada jam 2 petang.

Antara lain tuntutan itu termasuk mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, mendedahkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan dalam badan kehakiman dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman.

Presiden Badan Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab dalam satu kenyataan pada 9 Julai lalu berkata perarakan itu bukan mengenai individu tertentu, sebaliknya demi integriti institusi kehakiman.

Menurutnya perarakan itu bukan semata-mata untuk para peguam, sebaliknya untuk setiap rakyat Malaysia yang menghargai keadilan.

“Apabila kebebasan badan kehakiman menjadi rapuh, seluruh negara menanggung akibatnya.

“Perarakan itu satu tindakan yang sah di sisi undang-undang, aman dan bersifat simbolik yang mencerminkan komitmen teguh profesion guaman dalam mempertahan Perlembagaan Persekutuan, doktrin pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

“Ia adalah kenyataan kolektif bahawa kebebasan badan kehakiman bukan sesuatu yang boleh dirunding dan ia mesti dilindungi daripada sebarang pengaruh luar, sama ada bersifat politik, badan Eksekutif atau sebaliknya,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Badan Peguam Malaysia menolak sekeras-kerasnya laporan portal berita yang menggambarkan perarakan itu sebagai satu bentuk protes terhadap keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, sebarang percubaan untuk menggambarkan perarakan itu sebagai protes, disifatkan sebagai mengelirukan dan menjejaskan pendirian badan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima permohonan Badan Peguam Malaysia pada Rabu lalu berhubung perarakan itu.

“Pihak polis sudah berjumpa dengan penganjur dan menasihatkan agar tidak melanggar apa-apa peraturan atau kesalahan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan 105 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan di sekitar Istana Kehakiman dan jalan menuju ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya serta kawasan sekitarnya pada hari perhimpunan tersebut.

“Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan awam dan ketenteraman terjamin,” katanya kepada BH.

Mohamed Usuf berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi segala undang-undang ketika menyertai perhimpunan aman. – 14 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Testing secrets, or trade restraint? Dispute over oilfield tech ends with quiet withdrawal

Intertek’s Malaysian unit alleged ex-staff misused proprietary water monitoring system, but defendants argued “Sidestream” method was common industry practice

Malaysia’s median wage hits RM2,864 in September 2025, youth wages see biggest jump: DOSM

Formal employee wages rise by 4.3%, with significant growth across age groups and sectors

◉ Related