◉ HEADLINES

Ahli Badan Peguam, NGO mula berhimpun di Istana Kehakiman

Perarakan sejauh 2.6 kilometer petang ini akan berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada wakil di Pejabat Perdana Menteri

2:31 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pengunjung dipercayai ahli-ahli Badan Peguam Malaysia dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat sudah mula membanjiri kawasan sekitar Istana Kehakiman di sini, sejak tengah hari tadi.

Beberapa individu, dipercayai petugas kelihatan memakai vest berwarna jingga selain ada yang mengenakan sut hitam dan berkemeja putih.

Difahamkan kumpulan ini akan menyertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman yang bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri, dijadualkan pada jam 2.30 petang ini.

Memetik laporan awal BH, perarakan sejauh 2.6 kilometer petang ini akan berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada wakil di Pejabat Perdana Menteri.

Ia bagi menuntut beberapa perkara termasuk isu membabitkan jawatan tertinggi kehakiman, mendedahkan minit minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman.

Presiden Badan Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab dalam kenyataan pada 9 Julai lalu berkata perarakan itu bukan mengenai individu tertentu, sebaliknya demi integriti institusi kehakiman.

Menurutnya perarakan itu bukan semata-mata untuk para peguam, sebaliknya untuk setiap rakyat Malaysia yang menghargai keadilan.

“Apabila kebebasan badan kehakiman menjadi rapuh, seluruh negara menanggung akibatnya.

“Perarakan itu satu tindakan yang sah di sisi undang-undang, aman dan bersifat simbolik yang mencerminkan komitmen teguh profesion guaman dalam mempertahan Perlembagaan Persekutuan, doktrin pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

“Ia adalah kenyataan kolektif bahawa kebebasan badan kehakiman bukan sesuatu yang boleh dirunding dan ia mesti dilindungi daripada sebarang pengaruh luar, sama ada bersifat politik, badan Eksekutif atau sebaliknya,” katanya.

Beberapa sosok terkemuka bidang perundangan negara turut dilihat berada di Istana Kehakiman dan difahamkan beberapa peguam akan berucap sebelum memulakan perarakan sebentar lagi.

Antaranya termasuk bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim, peguam kanan Haniff Khatri Abdullah, Siti Kassim dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – 14 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

◉ Related