◉ HEADLINES

Pelantikan Nick Adams: Kabinet belum terima memorandum daripada Wisma Putra

Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing yang baharu di Malaysia

6:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kabinet masih belum menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) yang baharu ke Malaysia, kata Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata secara kebiasaannya, Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing yang baharu di Malaysia.

“Waktu ini perkara tersebut belum lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri, mungkin selepas kita ada maklum balas yang terkini (baru akan dibawa), tetapi waktu ini (masih) belum lagi sampai ke Jemaah Menteri,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di sini hari ini.

Ditanya adakah Malaysia boleh menolak pelantikan Adams, beliau berkata: ‘Dalam bidang diplomasi ada apa yang dipanggil ‘Agrément’, di mana the negara tuan rumah mesti bersetuju, itu dalam bidang diplomasi.

“Samalah juga sebelum ini, kalau kita teliti sejarah dalam kerajaan menamakan ataupun mencadangkan perwakilan Malaysia ke negara asing perlu mendapat persetujuan daripada negara tuan rumah,” katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden AS Donald Trump mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. 

Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Adams sebagai Duta Besar AS ke negara ini.

Khairy berkata tindakan itu selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang memperuntukkan hak kepada negara penerima untuk tidak menerima calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.

Artikel 4 Konvensyen Vienna menyebut bahawa sesebuah negara tidak boleh menghantar wakil diplomatik tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan negara tuan rumah. – 15 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related