◉ HEADLINES

MB pertahan pelantikan pengendali kutipan parkir, lantikan secara terbuka libatkan 26 syarikat

Peratusan kutipan boleh dibincangkan semula tetapi diingatkan prosesnya bukan rundingan terus sebab 26 syarikat lain juga dibuat penilaian sebelum pemilihan dibuat, kata MB

8:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelantikan Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat pengendali bagi pelaksanaan Sistem Parkir Pintar atau Smart Intelligent Parking (SIP) dibuat melalui tender terbuka, melibatkan 26 syarikat lain.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pelantikan syarikat itu melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan dilaksanakan selepas proses permintaan untuk cadangan (RPF) dikeluarkan.

“Peratusan kutipan boleh dibincangkan semula tetapi diingatkan prosesnya bukan rundingan terus sebab 26 syarikat lain juga dibuat penilaian sebelum pemilihan dibuat.

“Kita terima permohonan dan MBI telah melakukan verification atau saringan dan kemukakan mana yang layak kepada kerajaan negeri.

“MBI meletakkan kepentingan negeri dan tidak melepaskan kepada mana-mana pihak sepenuhnya,” katanya, lapor Bernama.

Bermula 1 Ogos, Rantaian Mesra akan mengutip caj parkir di kawasan bawah pentadbiran empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Exco kerajaan negeri bagi portfolio kerajaan tempatan dan pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, berkata 40 peratus hasil kutipan akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan, 10 peratus kepada MBI, manakala 50 peratus akan diberikan kepada syarikat konsesi. – 15 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related