◉ HEADLINES

MCMC rancang pelaksanaan lebih menyeluruh Sistem Alamat Nasional hingga 2027

NAS akan berfungsi sebagai satu-satunya sistem sumber alamat yang sah dan diiktiraf oleh kerajaan, serta menjadi rujukan utama dalam pengurusan lebih 11 juta alamat di seluruh negara

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempergiat pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) bermula tahun ini hingga 2027, dengan usaha yang lebih rancak pada tahun hadapan.

Ketua Bahagian Inovasi Digital dan Geospatial MCMC, Ahmad Aswadi Yusof berkata langkah itu diambil susulan pelaksanaan fasa kajian yang telah dilakukan pada tahun ini berserta beberapa langkah lain merangkumi pembentukan pasukan petugas teknikal bersama agensi utama dan pelancaran projek rintis.

“Untuk itu bagi 2026, pembangunan sistem bagi projek perintis akan dimulakan secara lebih agresif diikuti dengan pembentukan komuniti NAS dan pengesahan data daripada penyumbang data utama bagi memperhalusi pembangunan aplikasi NAS.”

“Gerak kerja pada 2027 pula lebih tertumpu kepada penyusunan dan pengesahan kualiti data daripada penyumbang serta penambahbaikan aplikasi,” katanya dalam ucapan sempena Persidangan Alamat Nasional 2025 di sini hari ini.

Ahmad Aswadi berkata pada ketika ini Malaysia secara umumnya telah membelanjakan kira-kira RM700 juta dalam mendapatkan maklumat berkenaan lokasi, dengan maklumat tersebut dibekalkan untuk kegunaan kerajaan oleh pembekal teknologi luar.

Beliau berkata sebelum ini tiada usaha dilakukan bagi menggabungkan maklumat tersebut kepada satu sistem sehingga menyebabkan terdapat maklumat berkenaan lokasi yang tidak tepat.

“Malaysia ketika ini menghadapi cabaran besar dalam pengurusan alamat yang tidak berstruktur dan tidak seragam, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

“Sebagai contoh, ketika membuat carian untuk alamat di Taman Bahagia, Kuala Lumpur, barangan tersebut telah tersilap dihantar ke Taman Bahagia, Sandakan, Sabah, menyebabkan ia sampai ke lokasi yang salah dan berbeza daripada yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata NAS akan berfungsi sebagai satu-satunya sistem sumber alamat yang sah dan diiktiraf oleh kerajaan, serta menjadi rujukan utama dalam pengurusan lebih 11 juta alamat di seluruh negara.

Persidangan Alamat Nasional 2025 yang berlangsung hari ini dan esok menampilkan 15 sesi pembentangan oleh penceramah dalam dan luar negara, dengan majlis perasmian dijadual disempurnakan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil esok. – 16 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

◉ Related