◉ HEADLINES

Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara

Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas

1:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah dalam kenyataannya malam ini memberitahu, pelantikan Wan Ahmad Farid, 62, dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Turut diumumkan ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Datuk Azizah Nawawi akan menggalas tugas menggantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang akan bersara.

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara,’’ katanya dalam Facebook Badan Kehakiman Malaysia.

Wan Ahmad Farid, sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan.

Sementara Abu Bakar, 63 pula dilantik ke jawatan Presiden Mahkamah Rayuan berikutan persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada 3 Julai lepas.

Manakala Azizah, 63, akan menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bakal bersara pada 25 Julai ini. – 18 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related