◉ HEADLINES

Mohd Zaini Pemangku Ketua Polis Selangor

Beliau mengambil alih tugas Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bermula 21 Julai

6:30 PM MYT

 

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Polis Selangor Mohd Zaini Abu Hassan memangku jawatan Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bermula 21 Julai.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini disaksikan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Hussein dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PDRM atas kepercayaan dan sokongan sepanjang dua tahun lima bulan beliau menjawat jawatan Ketua Polis Selangor, dengan begitu banyak kejayaan dicapai dalam tempoh tersebut.

Antara kejayaan termasuk menurunkan indeks jenayah sebanyak 12 peratus tahun lepas selain  menggagalkan pelbagai cubaan penyeludupan dadah berskala besar dengan rampasan mencecah ratusan juta ringgit.

Hussein berkata dalam tempoh 2023 dan 2024, polis Selangor merampas lebih 10 tan dadah bernilai RM300 juta sekali gus menghalang dadah itu sampai kepada lebih 21 juta pengguna. 

“Kontinjen Selangor turut menahan 22,000 suspek pada 2023 dan meningkat kepada 40,000 orang tahun berikutnya manakala Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membuka kertas siasatan melibatkan 7,115 kes pada 2023 dengan kerugian RM510 juta dan 7,731 kes pada 2024 melibatkan kerugian RM680 juta,” katanya.

Hussein berkata dalam aspek penguatkuasaan, polis trafik mengeluarkan 1.06 juta saman sepanjang 2023 dengan kutipan RM135.7 juta dan 1.13 juta saman tahun lepas dengan kutipan berjumlah RM128 juta.

Beliau berkata semua kejayaan itu cerminan terhadap dedikasi setiap pegawai serta anggota termasuk petugas awam yang bekerja secara berpasukan dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan kontinjen Selangor.

Terdahulu majlis turut menyaksikan penyerahan tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Selangor oleh Liliyana Haryanti Mohd Harunizam kepada pemangkunya Zurim Md Khalid yang disaksikan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Datin Selmiah Tuan Ibrahim. – 18 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related