◉ HEADLINES

MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC berkata sesi rakaman percakapan telah diambil pada 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, selain penyitaan satu unit telefon bimbit dan satu unit kad SIM bagi membantu siasatan

9:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau melalui akaun Instagram miliknya, berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sesi rakaman percakapan telah diambil pada 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, selain penyitaan satu unit telefon bimbit dan satu unit kad SIM bagi membantu siasatan.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan palsu dan jelik melampau yang menyentuh integriti institusi kehakiman negara.

“Penyalahgunaan media sosial untuk tujuan sedemikian boleh menggugat kepercayaan awam dan ketenteraman negara. Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – 19 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related