◉ HEADLINES

Titah Adendum: Zahid sampai hasrat Umno kepada PM dalam sehari dua ini

Timbalan Perdana Menteri berkata tidak berniat campuri urusan mahkamah, cuma mahukan budi bicara sebagai Perdana Menteri melalui tatakelola dan perundangan sedia ada

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasrat akar umbi Umno berhubung Titah Adendum berkait Najib Razak akan disampaikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata hasrat itu akan disampaikan dalam suatu pertemuan dalam masa sehari dua ini.

“Kita bukan mahu beliau campur tangan urusan mahkamah, cuma mudah-mudahan dapat menggunakan budi bicara sebagai perdana menteri melalui tatakelola dan perundangan sedia ada,” kata Timbalan Perdana Menteri selepas merasmikan mesyuarat Umno Tampin, Negeri Sembilan, lapor media.

Anwar mengumumkan semalam beliau sedia berbincang dengan pimpinan Umno berhubung Titah Adendum membabitkan Najib, yang juga bekas presiden parti itu.

Katanya, beliau sedia memberi penjelasan sekiranya perlu atau melakukan apa yang baik ‘untuk menjaga keharmonian’.

Kelmarin, media melaporkan seramai 145 ketua Umno bahagian mendesak Anwar segera mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan Titah Adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan ia sebagaimana diperkenankan oleh Agong terdahulu, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya, memetik laporan Berita Harian.

Januari lalu, Istana Negara mengingatkan semua pihak agar menghormati perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.

Istana Negara dalam kenyataan itu berkata, mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong pada mesyuarat akan datang. – 19 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related