◉ HEADLINES

PM umum penghargaan untuk rakyat Malaysia esok, 10.30 pagi: Fahmi

Anwar sebelum ini membayangkan akan mengumumkan berita baik kepada rakyat Malaysia yang akan memfokus kepada isu kos sara hidup

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia, esok, jam 10.30 pagi.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau hari ini.

“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23hb Julai 2025. Nantikan,’’ katanya.

Anwar sebelum ini membayangkan akan mengumumkan berita baik kepada rakyat Malaysia yang akan memfokus kepada isu kos sara hidup.

Ia menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya apakah pengumuman penting yang bakal dibuat oleh beliau.

Malah pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri memuatnaik poster misteri yang tertera ‘akan datang, satu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia’ di dalam akaun media sosial Facebook milik beliau.

Dalam hantaran ringkasan berkenaan beliau menulis:

‘Nantikan’.

Sejak itu, rakyat Malaysia menzahirkan pelbagai harapan termasuk usaha kerajaan untuk menangani tekanan kos sara hidup. – 22 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related