◉ HEADLINES

Semua rakyat dewasa nikmati SARA RM100

Perdana Menteri berkata bantuan itu akan memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas dengan bantuan tunai one-off RM100 melalui MyKad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meringankan beban kos sara hidup serta penghargaan dan meraikan rakyat bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata bantuan itu akan memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama serta kedai kedai runcit di seluruh negara.

“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua anak dewasa akan dapat RM400,” katanya pada sidang media khas Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat, di sini hari ini.

“Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 – dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa. – 23 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related