◉ HEADLINES

Pentas Himpunan Turun Anwar diturunkan kerana didirikan tanpa kebenaran

Polis memberitahu struktur pentas itu tidak menjamin keselamatan dan hanya dua kenderaan pacuan empat roda dibenarkan dalam permohonan

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pentas yang dididirkan di Dataran Merdeka, di sini, sempena Himpinan ‘Turun Anwar’ telah dialihkan kerana dipasang tanpa kebenaran dan tidak mendapat jaminan keselamatan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Uuf Jan Mohamad, penganjur juga tidak membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau memberitahu, dalam permohonan awal, pentas ucapan hanya dibenarkan menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda bukan struktur.

“Struktur pentas tersebut tidak menjamin keselamatan, selain tiada maklumat jelas mengenai jumlah individu yang akan berada di atasnya.

“Dalam permohonan awal antara polis dan pihak penganjur, hanya dua kenderaan pacuan empat roda dipersetujui untuk dijadikan pentas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden kecewa kerana pentas yang dinaikkan di Dataran Merdeka itu telah diarah untuk dialihkan.

“Semalam bincang boleh pasang pentas, pukul 3.30 pagi kita bincang. Dia suruh buka habis semua. Pagi ni dia suruh buka. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Kita tetap gunakan Hilux dan teruskan perhimpunan.

“Kita akan teruskan,’’ katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Dalam pada itu, peserta Himpunan Turun Anwar mula memenuhi Dataran Merdeka dengan mereka yang berada di Masjid Jamek dan pusat beli belah Sogo dilaporkan mula berarak ke sana.

Kebanyakan peserta memakai pakaian berwarna hitam dan turut membawa sepanduk serta bendera Jalur Gemilang ketika berarak.

Mereka turut melaungkan slogan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur.

Empat lokasi ditetapkan sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka, iaitu di Kompleks Sogo, Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Polis menjangkakan antara 10,000 ke 15,000 peserta akan mengambil bahagian dalam Himpunan Turun Anwar hari ini. – 26 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related