◉ HEADLINES

Kes Zara Qairina: Saifuddin gesa laksana bedah siasat demi keadilan

Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau bimbang peluang kes kematian Zara Qairina diselesaikan secara adil dan telus boleh terjejas susulan percubaan mengangkat naratif berkaitan kesihatan mental atau masalah keluarga

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam mewakili keluarga Zara Qairina Mahathir digesa memastikan proses bedah siasat dijalankan untuk mencari jawapan dan keadilan di atas kematian pelajar Tingkatan 1 itu, pada 17 Julai lalu, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Menurut Saifuddin yang juga ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu, beliau sudah menghubungi peguam keluarga Zara hari ini selepas membangkitkan isu itu ketika perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan 2025 di Dewan Rakyat, Rabu lalu.

“Persoalan sama ada bedah siasat telah dijalankan atau belum masih belum jelas. Sekiranya belum dilakukan, saya cadangkan cari jalan untuk memastikan ia dilaksanakan.

“Saya dimaklumkan perkara ini sedang dalam proses,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat telah mengarahkan peguam mereka menguruskan proses bagi membolehkan kubur anaknya digali semula untuk melakukan bedah siasat.

Noraidah mendakwa pengebumian anaknya pada malam 17 Julai lalu dilakukan tanpa proses bedah siasat kerana tiada pihak mencadangkan kepadanya untuk berbuat demikian.

Luahan itu disuarakan Noraidah dua minggu selepas kematian Zara Qairina yang dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar dan dikaitkan dengan kes buli.

Saifuddin yang juga ketua portfolio pendidikan Perikatan Nasional (PN) turut menyatakan kebimbangan peluang kes kematian Zara Qairina diselesaikan secara adil dan telus boleh terjejas susulan percubaan mengangkat naratif berkaitan kesihatan mental atau masalah keluarga.

Menurutnya, naratif seperti itu boleh membawa kesimpulan kematiannya disebabkan bunuh diri.

“Naratif sebegini boleh menjejaskan peluang untuk kes itu diselesaikan secara adil dan telus,” katanya. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related