◉ HEADLINES

10 anggota polis ditahan SPRM, berdepan tindakan tatatertib: Bukit Aman

Siasatan dalaman sudah dilaksanakan termasuk kemungkinan mengenakan tindakan tahan kerja terhadap anggota terbabit

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepuluh anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pahang dan Johor baru-baru ini bakal berdepan tindakan tatatertib, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.

Beliau berkata siasatan dalaman sudah dilaksanakan termasuk kemungkinan mengenakan tindakan tahan kerja terhadap anggota terbabit.

“Kes ini membabitkan penahanan anggota polis di Pahang dan Johor dan diserahkan sepenuhnya kepada SPRM. Pihak JIPS akan terus memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.

“Kita tunggu proses siasatan hingga mereka didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman untuk proses seterusnya,” katanya selepas Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media 2025 di Bukit Aman di sini hari ini.

Hamzah berkata tindakan dalaman oleh JIPS tetap akan diambil selari dengan prosedur sedia ada.

Media sebelum ini melaporkan enam anggota polis direman hingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum di Temerloh, Pahang.

Selain itu, empat anggota polis ditahan SPRM Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan aktiviti perjudian. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related