◉ HEADLINES

Anggota polis cedera ditetak lelaki kurang siuman

Suspek yang berusia 37 tahun dan tidak bekerja itu dipercayai mengalami masalah mental

10:03 AM MYT

 

KUANTAN — Seorang anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian itu mengakibatkan Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, 37, yang bertugas di balai polis Panching mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, dagu serta jari tangan kiri.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semasa sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung tindakan seorang lelaki yang mengamuk bersenjatakan parang di rumah berkenaan.

“Semasa menjalankan tugas untuk mententeramkan keadaan, Mohd Shafril telah diserang oleh suspek dengan senjata berkenaan. Anggota itu kemudian telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dirawat di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah membuat tangkapan terhadap suspek berusia 37 tahun yang tidak bekerja serta dipercayai mengalami masalah mental. 

“Polis juga telah merampas beberapa bilah senjata tajam di lokasi kejadian dan suspek turut dirujuk ke Wad Psikiatri HTAA bagi tujuan pemeriksaan kesihatan mental,” katanya. 

Bagaimanapun, suspek berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata. – 3 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related