◉ HEADLINES

Yakin jika pengundi India kembali kepada MIC, lebih ramai wakil di Parlimen, DUN: Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu mampu dicapai kerana MIC adalah sebuah parti yang sangat kuat, pengaruhnya melebar malah struktur organisasinya tersusun

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi penuh percaya sekiranya pengundi-pengundi India kembali menyokong MIC, sudah pasti lebih ramai akan mewakili mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, perkara itu mampu dicapai kerana MIC adalah sebuah parti yang sangat kuat, malah struktur organisasinya juga begitu sistematik dan tersusun.

“Saya yakin pengundi-pengundi India jika mereka kembali untuk memberikan sokongan kepada MIC tentunya MIC akan mempunyai wakil-wakil yang lebih ramai diperingkat Parlimen dan juga DUN.

“Pengaruhnya juga sangat melebar luas dan saya yakin masa depan mereka sangat cerah sebagaimana yang telah dilalui oleh mereka daripada zaman kerajaan Perikatan dahulu hingga kini.

“Kita tidak pernah berpisah dan kita seperti 3 serangkai dan ini harus diperkekalkan,” kata Presiden Umno itu ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC yang dilaporkan berkata merasa tidak dihargai membabitkan jawatan dalam kerajaan mahupun syarikat berkaitan (GLC).

Terdahulu, Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata parti itu berasa tidak dihargai kerana tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun mempunyai pemimpin kanan.

Menurut beliau MIC akan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya selepas mesyuarat agung tahunan pada Oktober.

Semalam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Dr Balachandran Gopal Krishnan mengingatkan bahawa MIC pernah bersama mereka semasa pentadbiran lepas, lalu menyatakan kesediaan untuk menjalin semula kerjasama itu.

Menurutnya, MIC dan partinya pernah menubuhkan kerajaan di bawah dua perdana menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin terbuka untuk bekerjasama dengan MIC dan MCA di bawah Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata parti itu secara dasarnya tidak mempunyai masalah menjalin kerjasama itu dengan pelbagai parti kecuali DAP.

Namun katanya ia perlu dibincang lebih lanjut oleh kepimpinan tertinggi gabungan. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related