◉ HEADLINES

‘Masuk PAS … PAS alu-alukan MCA’, sindir Ahli Parlimen DAP kepada Ka Siong

Wakil PH–Kampar didakwa menyindir Ahli Parlimen Ayer Hitam kerana hanya memandang blok pembangkang dalam Dewan Rakyat

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Chong Zhemin mencadangkan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menyertai PAS selepas dikatakan lebih mendapat sokongan daripada blok pembangkang berbanding kerajaan di Dewan Rakyat.

Wakil (PH–Kampar) itu berkata demikian selepas Ka Siong ditegur Timbalan Speaker Alice Lau supaya tidak hanya memandang ke arah blok pembangkang ketika berbahas.

“Ahli Parlimen Ayer Hitam berucap ke arah pembangkang, bolehlah sertai pembangkang. Masuk PAS … PAS alu-alukan MCA,” kata Zhemin dalam nada menyindir ketika mencelah Ka Siong yang membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Alice sebelum itu menjelaskan, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 31(1), mana-mana ahli yang dipanggil oleh pengerusi Dewan hendaklah berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada pengerusi, bukan hanya kepada blok tertentu.

Datuk Seri Ronald Kiandee (PN–Beluran) bagaimanapun bangkit mencelah mempertahankan Ka Siong, mendakwa tindakan itu susulan sering ‘diserang’ Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat.

“Beliau pandang sini sebab dapat sokongan daripada sini. Beliau tak boleh pandang sana sebab DAP serang dia,” jelasnya, lapor FMT.

Pertikaman lidah turut berlaku antara Ka Siong dan Zhemin apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mendakwa kerajaan melakukan ‘rompakan cukai’, menyentuh pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Zhemin membidas dakwaan Ka Siong, menuduhnya mengelirukan Dewan Rakyat, seterusnya meminta Presiden MCA itu menarik balik kenyataan tersebut.

Alice kemudian meminta Zhemin membuat usul kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul jika tidak berpuas hati dengan kenyataan Ka Siong itu.

Dalam perbahasannya, Ka Siong turut menggesa agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijadikan badan berkanun bebas di bawah seliaan Parlimen.

Katanya, langkah pemisahan jelas ini supaya LHDN tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik dan tekanan fiskal kerajaan sekali gus menjadikannya satu reformasi Parlimen yang penting. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related