◉ HEADLINES

Asyraf sedia disaman ibu bapa pelajar dibuang kes buli di MRSM ‘bring it on’

Tindakan yang diambil itu adalah bagi menjaga keselamatan majoriti pelajar, bukan segelintir yang berlagak samseng, kata Asyraf

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak-anak mereka dibuang daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana terlibat kes buli, mahu mengambil tindakan saman ke atasnya.

Ketika mendedahkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Facebooknya, Asyraf berkata beliau tidak gentar sebaliknya tindakan yang diambil itu adalah bagi menjaga keselamatan majoriti pelajar, bukan segelintir yang berlagak samseng.

“Saya katakan ‘bring it on’. #YouTouchYouGo.

“Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,’’ katanya.

Asyraf bagaimanapun tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai perkara berkenaan.

Sebelum ini terdapat beberapa kes buli berlaku di MRSM dan beliau telah mengarahkan tindakan diambil iaitu buang sekolah.

Jun lalu, enam pelajar MRSM di sebuah daerah di Terengganu dibuang serta-merta selepas didapati terbabit dalam kejadian buli fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Dua.

Pada Julai, enam pelajar Tingkatan 5 yang terbabit dalam insiden buli di MRSM di Melaka sudah digantung dan dicadangkan untuk dibuang.

Satu lagi ialah insiden pada April lalu di mana kes buli membabitkan sekumpulan pelajar MRSM di Nibong Tebal telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Asyraf sebelum ini berulang kali memberi peringatan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar MRSM yang melakukan perbuatan berkenaan.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘BULI’ dalam apa jua bentuk di MRSM,” katanya. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related