◉ HEADLINES

Kubur Zara Qairina dijangka digali petang ini: Peguam

Peguam keluarga mangsa kini dalam perjalanan ke IPD Papar sebelum proses penggalian semula diteruskan

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail berkata permohonan untuk menggali semula kubur akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang dalam perjalanan ke IPD Papar sebelum proses penggalian semula diteruskan.

“Kami kini dalam perjalanan ke IPD Papar. Selepas itu, proses penggalian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi di Mesapol, Sipitang,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Jabatan Peguam Negara (AGC), semalam mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Zara hari ini, yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Prosedur itu adalah antara beberapa arahan yang dikeluarkan AGC untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.

Langkah itu bertujuan memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

AGC juga berpendapat, terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh setelah meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh PDRM berhubung kes kematian remaja.

Media sebelum ini melaporkan ibu Zara, Noraidah Lamat, 45, memohon kubur anaknya itu digali semula demi mendapat jawapan dan keadilan.

Pada Isnin lalu, AGC memaklumkan menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat AGC di Putrajaya. Bagaimanapun, AGC menyerahkan kembali laporan penuh siasatan awal kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related