◉ HEADLINES

Menteri Sabah nafi dakwaan anak terlibat dalam kematian Zara Qairina

Mohd Arifin berkata anaknya tidak bersekolah di situ dan tidak mempunyai nama sama seperti yang disebut dalam khabar angin berkenaan

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan anak perempuannya terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata anaknya tidak bersekolah di sekolah yang sama dengan Zara Qairina, di Papar.

Malah, katanya, nama yang disebut dalam khabar angin tersebut juga bukan nama anaknya.

“Saya tidak mempunyai anak yang belajar di sekolah itu, saya juga tidak mempunyai anak perempuan dengan nama yang disebut (dalam khabar angin),” katanya.

Sebelum ini terdapat hantaran yang dimuatnaik di media sosial mengenai dakwaan seorang pelajar bernama Farisha didakwa sebagai anak beliau, terbabit dalam kejadian itu.

Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, keesokan harinya. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related