◉ HEADLINES

Sektor AI jana pelaburan diluluskan RM3.29 bilion, bakal wujud 6,920 pekerjaan: Gobind

Menteri Digital berkata sebagai sebahagian usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap digital serantau, Sidang Kemuncak Digital ASEAN 2025 juga akan diadakan antara 11 hingga 13 Ogos ini

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata sektor kecerdasan buatan (AI) Malaysia mencatat pelaburan diluluskan RM3.29 bilion pada separuh pertama 2025.

Beliau berkata pelaburan ini berpotensi mewujudkan 6,920 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Malaysia Digital, sekali gus menandakan kemajuan dicapai oleh Pejabat AI Nasional (NAIO) dalam membangunkan ekosistem AI negara.

“Sebagai sebahagian usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap digital serantau, Sidang Kemuncak Digital ASEAN 2025 juga akan diadakan antara 11 hingga 13 Ogos,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung kemajuan NAIO setakat ini dan sumbangannya kepada pembangunan AI, lapor BH.

Gobind berkata kajian impak AI terhadap sektor awam yang membabitkan 28 kementerian kini di fasa akhir, dengan 55 kes penggunaan dikenal pasti.

Perkembangan itu dikongsi ketika mengulas kaedah Kementerian Digital bekerjasama dengan kementerian lain bagi memastikan penyelarasan rentas sektor yang berkesan dalam pembangunan dan aplikasi AI.

Katanya ini termasuk ramalan trafik berkuasa AI, pengurusan pelabuhan pintar, radiologi dan pengurusan sumber hospital, pendigitalan rekod perubatan, ramalan penawaran-permintaan sektor pertanian, sistem pengesanan perosak, program peningkatan kemahiran tenaga kerja bersama Kementerian Sumber Manusia serta ‘AI di Tempat Kerja’ bagi meningkatkan operasi sektor awam.

“Ini penting bagi merealisasikan transformasi negara dari aspek sosial, ekonomi dan tadbir urus,” katanya. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related