◉ HEADLINES

Dewan ‘panas’ dengar jawapan Adly ‘tunggu keputusan mahkamah’ berkait isu pencen ATM

Wakil PN Ketereh berkata soalan yang dibawakan hari ini mewakili 86,933 veteran yang sudah bersara dan menuntut pencen

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya dah agak dah jawapan itu… tunggu keputusan mahkamah” demikian respon sinis Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang mencetus suasana hangat di Dewan Rakyat hari ini selepas mencuit isu pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau mewakili pembangkang berkata demikian selepas meminta penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengenai tindakan kementeriannya yang tidak membawa isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 serta tidak membincangkannya dalam Majlis Angkata Tentera (MAT).

Soalan yang dibawakan Khlir hari ini mewakili 86,933 veteran yang sudah bersara dan menuntut pencen.

“Saya dah beritahu mereka di seluruh Malaysia, dengar apa jawapan yang akan diberikan oleh menteri,” katanya lapor BH.

Adly Zahari pada sesi jawab lisan Dewan Rakyat berkata, keputusan isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum Januari 2013 sudah diputuskan Mahkamah Rayuan pada 4 Jun lalu.

Mahkamah juga sudah membenarkan rayuan kerajaan dan tiga pihak lain dan susulan itu pihak responden sudah memfailkan dan menyerahkan memorandum serta rekod rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 4 Julai lalu.

“Tan Sri Yang di-Pertua berdasarkan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 23(1)(g) … harus melencongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah.

“Berdasarkan peraturan berkenaan, saya mohon supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan soalan membabitkan perkara itu selagi proses mahkamah sedang berlangsung,” katanya kepada dewan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Kementerian Pertahanan dan kerajaan sentiasa berusaha dan memberi keutamaan terhadap agenda pemerkasaan serta kesejahteraan veteran ATM, sama ada berpencen mahupun tidak supaya dapat menikmati kehidupan selesa pada masa kini dan juga akan datang,” katanya.

Sejurus soalan itu dijawab wakil PN-Ketereh menegaskan jawapan diberikan itu sebenarnya sudah beliau jangkakan.

“Saya semalam fikir, apa jawapan menteri, saya dah agak, memang tepat jangkaan saya,” katanya. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related