◉ HEADLINES

‘Saya hanya rujuk persoalan undang-undang ke mahkamah’, kata Anwar berkait isu imuniti

Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada PM mempunyai imuniti daripada tindakan saman

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak memohon kekebalan atau imuniti daripada tindakan saman, sebaliknya hanya merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, hanya memohon keputusan mahkamah berhubung persoalan apakah tuntutan yang tidak mempunyai asas munasabah (frivolous), tindakan menindas pihak lawan tanpa niat sebenar untuk mendapatkan keadilan (vexatious) dan salah guna proses mahkamah diterima dalam semua kes, termasuk kes sivil.

“Yang dimohon ialah bertanya keputusan mahkamah, apakah mungkin sesiapa saja boleh buat serangan kepada Perdana Menteri, secara frivolous dan vexatious yang mengganggu perjalanan kerja kita?

“Terserah kepada mahkamah. Mahkamah yang buat keputusan, bukan Perdana Menteri. Keputusan itu keputusan mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini, menurut BH.

Pada Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Beliau memohon Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan, termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan saman berhubung dakwaan perlakuan peribadi berlaku sebelum pelantikan beliau.

Mahkamah juga dimohon menjawab persoalan sama ada tindakan saman akan menjejaskan keupayaan Perdana Menteri menjalankan tugas eksekutif dan melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.

Ia termasuk memutuskan sama ada prosiding saman akan melanggar hak Perdana Menteri untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan, terutama apabila tindakan itu satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar turut memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi wajib menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada saman itu penyalahgunaan proses atau ancaman kepada kepentingan awam, dan jika ya, sama ada ia perlu digantung atau dibatalkan ‘demi mengekalkan tadbir urus berperlembagaan’. – 14 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related