◉ HEADLINES

Penjawat awam paling ramai ditahan terbabit kes rasuah

Menteri Undang-Undang berkata, 2,965 penjawat awam ditahan kerana terima rasuah dalam tempoh sedekad

9:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjawat awam mendahului statistik tangkapan bagi kesalahan menerima rasuah antara 2015 hingga Jun tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika memetik statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebut, 2,965 penjawat awam diberkas atas kesalahan menerima rasuah sepanjang sedekad lalu.

Sebagai perbandingan katanya, 1,101 individu daripada sektor swasta turut ditahan atas kesalahan serupa, diikuti oleh orang awam (680), kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) (119) dan 31 ahli politik.

Bagaimanapun, katanya, bagi kesalahan memberi rasuah, orang awam mencatatkan angka tangkapan tertinggi, iaitu seramai 1,061 orang, diikuti oleh sektor swasta (511), syarikat berkaitan kerajaan (64), penjawat awam (47) dan ahli politik (enam).

Majoriti individu yang diberkas bagi kedua-dua kesalahan tersebut adalah mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah, kata Azalina menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang memohon perincian mengenai pecahan tangkapan kes rasuah bagi tempoh 10 tahun lalu.

Pada November lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mendedahkan, kira-kira 44% daripada tangkapan oleh agensi itu terdiri daripada penjawat awam.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) awal tahun ini, terdapat penjawat awam yang terpaksa menerima suapan disebabkan tekanan pihak tertentu.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha agungnya, Abdul Rahman Nordin ketika mengulas skor Malaysia yang kekal pada 50 mata dan ranking ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024. – 15 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related