◉ HEADLINES

Dua anak doktor terbabit kes 35kg ganja didakwa pagi ini

Salah seorang suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anak lelaki seorang doktor yang ditahan di Ketereh pada 5 Ogos lalu membabitkan rampasan 35 kilogram (kg) dipercayai ganja mampat dan sepucuk pistol akan di dakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, pagi ini.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek berusia 23 tahun itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, semua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu jam 8.45 pagi, lapor BH.

Sebelum ini media melaporkan, polis menahan tiga beranak iaitu isteri doktor dan dua anak lelaki selain merampas 35kg dadah dipercayai ganja mampat serta sepucuk pistol di sebuah rumah banglo di Ketereh.

Kesemua suspek berusia 23 hingga 46 tahun itu ditahan pada jam 4.30 pagi. Difahamkan suspek lelaki itu sudah mendalangi kegiatan terbabit sejak tiga tahun lalu.

Wanita yang juga isteri doktor itu dipercayai mengetahui kegiatan yang dilakukan anak kandung dan anak tirinya itu. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related