◉ HEADLINES

Titah Adendum Najib: 19 Sept pendengaran semakan kehakiman

Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes pagi tadi

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Sept untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengemukakan bukti baharu dalam semakan kehakiman bertujuan menguatkuasakan Titah Adendum yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Bukti tersebut merujuk kepada sepucuk surat bertarikh 4 Januari daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang kepada anak Najib, Datuk Mohamad Nizar Razak, yang didakwa mengesahkan kewujudan titah itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Loke Yee Ching, menetapkan tarikh berkenaan semasa pengurusan kes pagi tadi.

Yee Ching turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar permohonan kerajaan bagi perintah larangan (gag order) supaya orang awam tidak membincangkan perkara berkaitan semakan kehakiman tersebut.

Najib diwakili peguam Tan Sri Shafee Abdullah manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan, lapor FMT.

Peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang juga bekas speaker Dewan Rakyat, hadir sebagai pemerhati bagi pihak Ahli Parlimen Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Ronald Kiandee.

Prosiding itu berkaitan dengan Titah Adendum yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Pada prosiding awal (13 Ogos), Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti tambahan, serta mengarahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan semakan kehakimannya.

Najib sebelum ini disabitkan kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

◉ Related