◉ HEADLINES

Kes Zara Qairina: Lima remaja terbabit perbuatan buli akan didakwa Rabu ini

Peguam Negara berkata semua remaja terbabit berusia di bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi menjalani proses pertuduhan

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini, berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Beliau berkata semua remaja terbabit berusia di bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi menjalani proses pertuduhan.

“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina.

“Mereka berusia di bawah 18 tahun,” kata Mohd Dusuki, memetik laporan BH.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.

Kenyataan itu berkata, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat kerana ia tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.

AGC menegaskan walaupun pertuduhan kesalahan buli dilakukan, siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina tetap diteruskan termasuk prosiding inkues yang sedang berjalan.

Allahyarham Zara ditemui tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Papar, Sabah.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada keesokannya.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos lalu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan wujud kejadian buli. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related