◉ HEADLINES

‘Pakar patologi TikTok’ dakwa terlibat bedah siasat Zara Qairina dirakam keterangan

Individu tersebut mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Zara Qairina

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan daripada seorang individu di sebalik akaun TikTok “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar” yang menyamar sebagai pakar patologi dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

MCMC dalam kenyataannya berkata, pihaknya berjaya mengenalpasti individu berkenaan yang mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan bahawa suspek bukan seorang pakar patologi.

“Suspek dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam semalam, hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu yang turut bersama dalam sesi ‘TikTok Live’ akaun berkenaan.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses rakaman keterangan.

“Peralatan komunikasi miliknya turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,’’ katanya.

MCMC menegaskan penyebaran maklumat palsu, khususnya yang melibatkan isu sensitif berkaitan kematian, tragedi atau mangsa nahas, adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Kes itu, katanya disiasat oleh MCMC di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,’’ katanya. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related