◉ HEADLINES

Gesa kerajaan tangguh bentang RUU URA, elak ‘tirani majoriti’: Wan Saiful

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata menerima maklum balas berterusan pihak berkepentingan yang bimbang tentang implikasi RUU tersebut

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, menggesa kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA), susulan keresahan rakyat yang belum ditangani.

Wan Saiful, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, berkata beliau menerima maklum balas berterusan daripada pihak berkepentingan yang bimbang tentang implikasi RUU tersebut.

“Dalam siri perbincangan dengan KPKT melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi (JKPK IPK), saya dan ramai lagi rakan-rakan ahli parlimen berkali-kali menyuarakan keresahan rakyat berkait isu URA ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa beberapa isu masih belum ditangani dengan sewajarnya, termasuk apa yang disifatkannya sebagai ambang persetujuan yang terlalu arbitrari, pampasan yang mungkin tidak adil, soalan sama ada URA ini mematuhi Perlembagaan Persekutuan atau tidak, dan banyak lagi.

“Sekiranya kerajaan mahu “bulldoze” RUU URA, memang kerajaan boleh “bulldoze” sebab mereka ada majoriti. Tetapi itu adalah satu kezaliman majoriti (tyranny of the majority),” tegas beliau.

Wan Saiful berkata beliau telah secara rasmi mencadangkan kepada JKPK IPK supaya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menangguhkan RUU itu sehingga semua isu yang belum selesai dapat diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni.

RUU URA bertujuan untuk menubuhkan pihak berkuasa khusus bagi mengetuai pembaharuan bandar dan pembangunan semula skim perumahan dan kawasan bandar yang usang.

Di bawah cadangan itu, pihak berkuasa tersebut akan mempunyai kuasa untuk mengambil alih dan membangunkan semula hartanah lama bagi menghidupkan semula pusat-pusat bandar.

Walau bagaimanapun, pengkritik telah membangkitkan kebimbangan bahawa undang-undang itu boleh menjejaskan hak pemilik hartanah, terutamanya berhubung ambang persetujuan untuk projek pembangunan semula dan kecukupan pampasan.

Persoalan juga timbul sama ada peruntukan sebegini selaras dengan perlindungan perlembagaan terhadap pemilikan hartanah. – 20 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related